SATU LAGI PROGRES DALAM BLOGGING

August 26, 2019

SATU LAGI PROGRES DALAM BLOGGING | Alhamdulillah. Siap sudah section author dalam pembikinan blog SyahmiHazim ini. Setelah berjam-jam didekasikan, bukan ganjarannya yang menjadi keutamaan, namun saya melihat ini sebagai satu achievement yang besar untuk diri ini. Kepuasan dalam mencurahkan ilham menjadi karya. Kenapa blog menjadi pilihan? Tentu ada sebabnya. 

DEDICATED TO,


Bonda tercinta yang terus menerus menyayangi
EllySuhaili nobody knows me better than you
UyulRosli my other puzzle that completes me
Keluarga serta Sahabat handai

 


Tercetus inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang blogging apabila mula mengenali UyulRosli melalui urusan kerja. Saya melihat dirinya sebagai seorang social media influencer yang mempunyai akaun social media yang kukuh dan terus menerus meningkat popularitinya. Semakin rapat hubungan saya dengannya, semakin saya sedar bahawa kami berkongsi minat yang sama dalam kehidupan ini. Apa yang diborakkan dalam phone call & whatsapp bukan la hal-hal yang kosong, general mahupun gosip. Ia lebih kepada perbincangan hala tuju kehidupan yang kami inginkan apabila berkahwin nanti.



Kenapa blog menjadi pilihan? Jika sebelum ini, karya saya hanya digunakan untuk projek branding perniagaan yang sedang saya usahakan. Namun kali ini saya curahkan ilham yang diterjemah ke dalam karya lalu ini lah medan/medium untuk saya sematkan karya-karya ini. Cewahhhh. Dah jangan serius sangat nada tu.

Actually, 3 years back, saya telah menceburkan diri dalam perniagaan printing. Walaupun perniagaan ini tidak menemukan keberjayaan, namun masa yang telah dileburkan sepanjang projek ini tidaklah sia-sia. Boleh saya katakan saya temukan bakat saya dalam bidang graphic design. Benar lebih banyak designer yang jauh lebih berbakat daripada saya, yang boleh memulakan design from scratch, tapi saya memandang seni ini luas dan subjektif. Bak kata pepatah, beauty is in the eye of the beholder. Boleh jadi kalian berkenan, saya tidak. Boleh jadi saya berkenan dan kalian tidak. Huhu.

Timeline kehidupan saya dalam 3 tahun ini yang mencorakkan saya untuk menjadi diri saya sekarang. Bezanya kini saya juga menulis. Pendapat saya setiap bidang ada pakar-pakarnya. Tetapi, bila seseorang itu agak serba boleh dalam beberapa bidang, ia umpama anda mempunyai Mixed Martial Arts. Lebih banyak teknik digabungkan untuk menghasilkan karya-karya. (Sama macam Bolognese Filling bergandingan dengan Pasta, finisihing Mozarella Cheese on top. Eh)

What I can conclude, bukan lah blog ini nak membuktikan hubungan kami berdua, cukuplah ia sebagai medan mencurahkan ilham, berkongsi manfaat dan pengalaman hidup, Tiadalah saya dapat memberi Taj Mahal sebagai tanda, namun adalah sedikit penulisan sepenuh hati untuk si dia.



VIDEO






DESIGN










 SOCIAL MEDIA









SYAHMI HAZIM

Kangkar Pulai, Johor
Uyul Rosli's | 1993's
Alumni RETI Kemaman
ANSARA MRSM Mersing 2010
Founder DAPO UNCLE
Facebook | Instagram | Twitter

Advertorial, Review & Collaboration
Email: syahmihazimnetwork@gmail.com


Alhamdulillah. Satu lagi proges dalam blogging. Dan banyak lagi yang akan mendatang. 

You Might Also Like

2 000, 000 Pengkomen

  1. alhamdulillah..tahniah! teruskan bersemangat berblog ya!

    ReplyDelete
  2. Selamat maju jaya! Aduh terliur tengok lasagna. Mohon open branch PD, haha.

    ReplyDelete