4 FORMULA PENTING DALAM PERNIAGAAN

August 23, 2019

4 FORMULA PENTING DALAM PERNIAGAAN | Dalam zaman ekonomi yang mencabar ini, pasti ramai yang berhasrat untuk memulakan perniagaan. Tidak ketinggalan juga peniaga tegar yang masih teguh meredah onak dan duri dalam dunia perniagaan. Dunia perniagaan ini bukan mudah, begitu banyak cabarannya. Namun pasti ada formula untuk meningkatkan prestasi perniagaan.

Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tidak ye dak?

Cut it short, berikut merupakan kompilasi formula yang harus dititikberatkan dalam perniagaan.


     1. Advertisement


The main idea of marketing is to reach as many people as you can
BUT HOW?
Di kala zaman dilanda arus modenisasi, dunia perniagaan sudah tidak seperti zaman dahulu. Zaman ini merupakan zaman di hujung jari. Segalanya pantas, segalanya mudah, shopping effortlessly. Teknologi telah mengubah trend dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh, sudah berapa banyak perniagaan yang 'boom' hanya dengan kuasa viral. Bila sebut pasal viral, ia merupakan impian setiap usahawan muda, namun ia juga mendapat persepsi negatif golongan yang agak konservatif (baca:old-school). Benar kuasa viral ini ada pros dan cons nya, tapi berbalik kepada tujuan utama marketing adalah untuk menyampaikan kepada seberapa ramai orang yang boleh tentang aktiviti perniagaan kita.

Sumber Google

Jadi, objektif utama kita telah pun tercapai. Namun, bukan kuasa viral yang hendak diceritakan dalam entri ini, tapi, Zero-Cost Marketing. Bagaimana untuk kita mencapai tahap pelanggan kita dengan rela hati mempromosikan produk/servis kita.

     2. Presentation


Aku dah pergi dah kedai X tu, hmm indah khabar dari rupa. -MakCik Senah
 JANGAN GUNA GAMBAR GOOGLE dalam advertisement anda. Please Guys, jangan buat pelanggan kecewa kali pertama mereka lihat presentation produk anda. "Tak sama pun macam dalam gambar". Jika benar anda jiwa peniaga, jiwa yang bukan hendak mengaut keuntungan semata-mata, jiwa yang anda ingin menambah value dalam kehidupan pelanggan anda, anda pasti menitikberatkan setiap feedback yang anda terima. Tapi, andai dalam 100 pelanggan, hanya 1 orang yang tidak berpuas hati dengan kualiti produk anda, sendiri mau ingat la ya.

Jadi guys, please, do invest more in presentation.

Cara supaya anda tak pakai gambar google;
  • Photoshoot produk 
  • Hire designer untuk branding
  • Videography
  •  Dll

Teknik photography yang baik

Sedikit sentuhan lighting diberikan


Gabungan teknik photography dan designing

Sumber Instagram @dapo.uncle


Kenapa? Bunyi macam mahal? Dah kata dah awal-awal tadi, marketing nadi perniagaan. Nama pun nadi, mestilah penting amat ya ampun. 

Expectation vs Reality
Sumber Google

Boleh je pakai gambar google, tapi nanti niaga tak dapat sustain sebab kekecewaan orang, acaner?

     3. Servis


Aku rela jalan jauh daripada pergi Kedai X tu, adab pun takdak

Bang tolong bang, jangan macam tu. Awak tu meniaga. Kena la proper.
Servis yang baik adalah cara anda lekatkan branding anda dalam minda separa sedar pengguna. Kadang-kadang, orang pergi kedai anda sebab sukakan anda yang ramah, yang baik, yang comel, eh.

Teringat kepada seorang sahabat, kali pertama buka mulut suarakan kat dia yang kita ingin memulakan perniagaan, soalan pertama yang keluar daripada dia adalah;
Kenapa orang kena beli dengan kau?
Orang masih ada pilihan lain. Kau jual ikan, berderet kat pasar tu yang jual ikan. Kau jual nasi lemak, ah nasi lemak KakMah dah bertahun-tahun terpacak kat situ. Jadi persoalannya, kenapa orang kena beli dengan anda? Pernah dengar USP? Bukan USB, tu tempat cucuk pendriveUSP adalah Unique Selling Point. Jadi untuk menjawab soalan "Kenapa orang kena beli dengan kau" adalah dengan meningkatkan USP perniagaan anda.

Antara USP yang check-mate pengguna;

  • Khidmat penghantaran disediakan. Beli online je bang tak payah susah-susah start kereta pergi kedai. Siapa tak suka.
  • Worth every penny. Soalnya berbaloi atau tidak produk/servis yang ditawarkan. Mahal/murah masih subjektif. Macam selipar jepun, beli murah RM5 tapi sehari je dapat pakai, murah tapi tak berbaloi menyakitkan hati jugak ye dak?
  • Versatility. Memang bonus kalau produk anda versatile. Serba boleh. Bila-bila boleh. Di mana sahaja boleh. Malaysia Boleh.
  • Yang lain-lain anda pikirkan lah ya. Tugasan untuk anda, jadikan topik USP ini untuk anda post-mortem bagaimana untuk meningkatkan perniagaan anda.

      4. Kualiti Produk

Jangan pelik bila sahabat anda begitu bersemangat, tanpa sebarang upah, mempromosikan produk/servis anda. Ini adalah kerana beliau telah mengalami sendiri value yang anda berikan dalam hidup beliau. Marketing seperti ini yang kita idamkan. Dahlah percuma, besar impaknya.

Guys jom makan sini. Haritu aku pergi sedap betul makanan dia.
Maaf kata, orang tak percaya kata-kata salesman, tapi orang percaya kata-kata orang yang pernah beli dengan salesman tu. Di sini kepentingan review di social media dan website anda. Bila produk anda berkualiti, orang awam tanpa segan silunya bantu anda promote, free-of-charge.

As a conclusion, untuk meningkatkan prestasi perniagaan anda, sila titikberatkan perkara-perkara yang telah disenarai dalam 4 Formula Penting dalam Perniagaan. Semoga tips ini dapat membantu dan mengubah dunia perniagaan anda.

p/s : Barangkali ada juga faktor yang tidak tersenarai. Nantikan di entri seterusnya. Thanks for reading!

Keyword
-Cara Tingkatkan Prestasi Perniagaan
-4 Faktor Usahawan Terlepas Pandang
-4 Tips Wajib Tahu dalam Perniagaan
-Baru Meniaga? Cara hendak bermula

You Might Also Like

2 000, 000 Pengkomen

  1. Huiyoooooo! Hebatnya tips En Syahmi kite nih. Keep it up! Keep sharing. I really adore with you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sayang. Sharing2 sikit apa yang kita dah belajar selama ni. Semoga bermanfaat untuk semua.

      Delete